Monday, July 13, 2009

Missing you(1)~

Bulan ni genap 4 bulan Arwah Alang pergi meinggalkan kami..
Sampai ketika ini, aku masih lagi tak boleh nak melupakan tiap ketika kenangan sepanjang dia bersama aku..

Betul lah apa yang dikatakan orang, lepas kita kehilangan seseorang atau benda baru lah kita tahu betapa berharganya masa bersama..

Tapi aku tidak berasa ralat sangat..sebab aku telah cuba sedaya upaya aku untuk menjaga dan menghiburkan hatinya yang sunyi..

Sekarang, aku pula dalam kesunyian..kalau dulu, aku akan sentiasa peka dengan setiap panggilannya..

Tapi kini, tiada lagi suarannya...Aku betul-betul rindu padanya...

Hanya Allah saja yang tahu betapa berat hati ku ini melepaskan dia pergi dulu...
Masih lagi terngia-ngia di telinga ku suaranya..

Hati ku jatuh sebak setiap kali melewati persemadiannya kini...
Air mata jatuh bagai tiada esok..hanya kerana rasa rindu ku yang mendalam ini

Tiada siapa yang faham akan derita hati ini...
Ku tabahkan hati ini...doa ku sentiasa ada bersamanya..

Aku harap dia bersemadi dengan aman di sana...
Walaupun aku bukan anak nya, tapi aku berbangga menjadi anak saudara nya..
Tiada siapa dapat merampas tempatnya di hati ku ini..

Alang,
Adik doakan Alang sentiasa..setiap kali adik teringat dengaan Alang...biarpun beribu air mata yang jatuh..adik tetap ingat akan Alang..

Alang,
Adik tak sempat nak minta maaf dengan Alang...sedangkan selama ini adik banyak kesempatan untuk berbuat demikian..Maafkan adik..Alang..sepanjang adik jaga Alang..

Mungkin nukilan ini dapat melepaskan rasa rindu adik pada Alang~

Semoga roh mu dicucuri rahmat oleh Nya..amin~

2 comments: